Studio
Work
Kerja-kerja rakaman dan proses penghasilan muzik, post production, merangkumi gubahan lagu dan kolaborasi guitarwork, editing, mixing dan mastering.
Susunan Muzik
Setelah menerima tugasan lagu yang diberikan oleh komposer, susunan dan gubahan lagu perlu diperhalusi mengikut kesesuaian genre lagu. Ini termasuklah pemilihan elemen bunyi muzik yang sesuai bagi setiap lagu.

Proses Programing Muzik
Proses pembikinan raw muzik dilaku secara midi programming mahupun secara keyboard programming. Disamping itu juga tambahan audio analog recording dilakukan sebelum proses mixing yang merangkumi balancing sesuatu elemen muzik. Temujanji ditetapkan setelah vokalist bersedia dan memahami melodi sesuatu lagu yang baru. Proses ini disusuli dengan proses rakaman vokal dimana sound engineer dan komposer perlu bertugas menjaga vokal sewaktu rakaman diadakan.

Proses Mixing dan Mastering
Proses ini dilakukan setelah rakaman suara berjaya dirakam sepenuhnya. Juru audio akan memastikan proses ini dijalankan dengan telitili kerana keupayaan dan tone setiap individu adalah berbeza begitu juga dengan kehendak genre bagi setiap muzik yang dihasilkan. Setelah selesai, proses mastering dilakukan sebelum mastercopy audio disimpan sama ada secara cakera keras mahupun simpanan digital. Begitulah serba-sedikit perjalanan dalam proses rakaman. Ianya berbeza bagi setiap studio mengikut kemampuan dan peralatan yang digunakan.
