top of page

THANKS FOR 1Million Views


By Admin / 15, June 2021


Sekalung penghargaan buat peminat-peminat Eisner Nala yang sentiasa menyokong beliau dalam dunia hiburan khususnya dikalangan peminat lagu-lagu iban. Bermula dengan album pertama, beliau yang merupakan juara dalam pertandingan Bintang Klasik Iban anjuran Persatuan Penggiat Seni dan Kebudayaan Kuching pada tahun 2012.


Eisner Nala Juara Bintang Klasik Iban 2012 - anjuran PPSKDK 25 MEI 2012

Album pertama beliau mendapat sambutan yang baik pada masa itu, sehingga kini, sering berkumandang dicorong-corong radio, dan mahupun disaluran digital sering diperdengarkan iaitu Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula mula mendapat sambutan dihati peminta.


Dunia digital semakin maju, era pengeluaran album kini telah bertukar arah, dari keluaran fizikal kepada keluaran digital. Dari segi pembikinan satu-satu single kita telah dapat menggunakan pelbagai kemahiran darisegi kualiti rakaman digital dan juga analog. Kini persepsi dan perubahan masyarakat ke arah era digital, banyak platform-platform yang muncul menerusi aplikasi digital. Perubahan industri muzik juga semakin berubah.

Melalui penelitian platform rasmi Youtube hiburan OCH Sound Production, Eisner popular dengan jumlah tontonannya melebihi 1 juta tontonan. Antara lagu beliau yang popular adalah, Penyayau Tebeleka Ketegal Pemula, Enda Alang-alang dan juga Pesan Nuju Sulu.

Daripada jumlah tontonan ini beliau mendapat bayaran royalti sebagai penghargaan diatas tontonan ketiga-tiga lagu itu tadi. Semoga Eisner akan terus mendapat sokongan dan terus berjaya lagi dalam dunia hiburan industri muzik iban di Malaysia. Sokongan peminat amatlah penting dan mendorong Eisner Nala untuk mengeluarkan banyak lagi single lagunya yang terbaru. Sehingga kini, beliau telah merakamkan 7 buah lagu baru. Namun disebabkan oleh kekangan pandemik yang melanda dunia, memang tidak dinafikan, industri muzik iban juga turut terkesan.

Penyerahan royalti kali ke -3 youtube 1M views (Tahniah! - 25 April 2021)


"Tahniah nuju Eisner Jackson Jiram-Mudin udah mujur bulih 3 iti lagu popular 1M views ba channel official OCHSP. Keterubah, Enda Alang-alang, Penyayau tebeleka ketegal Pemula & pemadu baru Pesan Nuju Sulu... Eisner mega ukai naka belagu aja tang iya siku komposer ti bebakat lalu lagu2 ka digaga iya mujur diterima peminat Eisner empu. Terima kasih nuju Eisner..nerima bayaran royalti Youtube ungkup 3 iti lagu iya ka bulih 1M views,, arap ka terus mujur dalam dunya pemerindang. " ujar produser OCHSP Mr. Oliver.

Semoga Eisner terus memperkembangkan bakat dalam apa jua bidang bukan setakat bidang nyanyian sahaja, malah dalam bidang bisnes terus berjaya. Beliau kini menjadi idola bagi bakat-bakat baru yang ingin menceburi bidang nyanyian.Buat peminat-peminat Eisner, boleh layari youtube channel atau website official https://www.ochsp.com/ yang ingin mengikuti dengan lebih lanjut lagi perkembangan beliau. Kita mendoakan agar musibah pandemik ini akan terus beransur pulih dan kembali seperti sedia kala.




GAMBAR 1- ALBUM 1 - Keling Pesaka Ati

GAMBAR 2- ALBUM 2 - Pengerindu Sabun Mandi

GAMBAR 3- Single Duet terbaru bersama Homery : Enda Beduan Pangan

sumber: ochsp




116 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua