top of page

SINGLE TERBARU: GULLIVER 2021 - KEMPANG





10 June, Rabu,


Gulliver Thomas mula mendapat tawaran rakaman single pertama beliau pada bulan Febuari 2021. Beliau menghantar demo lagu hasil ciptaan beliau sendiri melalui laman Page OCHSP. Lagu beliau dinilai dan diterima oleh producer OCHSP pada masa itu dan mula membuka peluang Gulliver bagi sesi ujibakat di studio OCHSP.


Gulliver mempunyai bakat tersendiri, beliau bukan sahaja mempunyai bakat bidang nyanyian, malah berkebolehan bermain alat muzik. Ini memberi kelebihan dalam diri beliau memulakan bakat mencipta lirik dan melodi lagu beliau sendiri. Minat dalam bidang nyanyian telah disemai sejak diusia sekolah rendah dengan menyertai beberapa pertandingan anjuran pihak sekolah dan juga pihak luar.


Kelebihan itu memberikan beliau nekad untuk mencuba nasib merakamkan single pertama beliau iaitu Kempang. Lagu yang diilhamkan bersama rakan-rakan menjadi kenyataan apabial mula diperdengarkan semula setelah diadunkan bersama iringan muzik distudio rakaman. Susunan muzik dilakukan bersama oleh Adrian Dios dan Oliver OCHSP dengan mengambil kira konsep atau genre lagu yang sesuai dengan perubahan industri muzik iban yang telah melangkah sedekad sepanjang penubuhan OCHSP. Maka konsep lagu-lagu balada mula bertapak dan diminat generasi masa kini.



Setakat ini, Gulliver telah merakamkan 3 buah lagu baru dimana dua buah lagu telah dikeluarkan secara rasmi dalam channel rasmi youtube OCH Sound Production bulan April yang lalu. Lagu beliau yang bejudul Kempang telah selesai sesi penggambaran video dan telah dipertontonkan di channel youtube. Single ke-2 berjudul Dara Bungai Ngerembai hasil ciptaan Komposer Jay Amin telah rasminya dimuatnaik ke channel OCHSP. Gulliver Thomas berhasrat untuk mengeluarkan single ke-3 beliau berentak Balada. Semua proses rakaman telah selesai dilakukan. Semoga peminat-peminat Gulliver Thomas bersabar menanti kemunculan single ke - 3 beliau yang berjudul Teperasa Ketegal Pengerindu, hasil ciptaan beliau sendiri.




146 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua