top of page

'Single' terbaru Christal Natallie

OCHSP Admin


Ogos 04, 2021 | 0830 a.m.



Setelah muncul dengan beberapa lagu antaranya Litan Dalam Ati, Seleka Pengerindu, Lagu Litan Dalam Ati dendangan Christal Naltallie mula mendapat tempat dihati peminat lagu-lagu iban. Lagu beliau telah tercalon dalam Carta Terbilang Catsfm dan pernah mendapat kedudukan Juara dalam carta tersebut.


Christal Natallie merupakan artis OCHSP yang baru dan aktif dalam bidang nyanyian walaupun beliau masih bersekolah. Bidang nyanyian merupakan hobi beliau sejak kecil lagi. Terbaru ' Single' daripada beliau berjudul, Kaul Tua Majak Rat hasil ciptaan komposer Oliver OCHSP, telah pun dikeluarkan secara rasmi di Channel Youtube Rasmi OCH Sound Production pada 20 Julai 2021. Lagu terbaru daripada beliau mengetengahkan genre berentak Dangdut.






Beliau yang berusia 16 tahun ini merupakan artis termuda dibawah naungan OCHSP. Harapan beliau agar 'single' lagu terbaru beliau akan dapat mendapat tempat dihati peminat lagu-lagu iban . Bakat beliau terserlah dalam mendendangkan lagu-lagu yang berentak balada, antaranya, Litan Dalam Ati dan Belama Iya.




Untuk mendengarkan lagu penuh, silalah ke Channel Rasmi Youtube OCHSP. Klik butang subscribe, like dan share untuk kemaskini lagu-lagu terbaru dari OCHSP.










130 lihatan0 komen

Siaran Terkini

Lihat Semua