RAM RINGGIT - SINGLE TERBARU mengetengahkan music Pop Komersial.
Ahad, 18 Julai 2021

Proses Rakaman
Ram Ringgit, muncul dengan single terbaru beliau DARA PEMANIS GULA , yang begenrekan music pop komersial. Video lirik terbaru beliau telah 'released' di OCHSP youtube Official Channel.
Lagu ini hasil ciptaan komposer Oliver OCHSP dari segi penghasilan lirik dan music arrangment. Guitar work dimainkan oleh Yan (Adrian Dios). Mastering dilakukan di studio OCHSP.

Pesan Dari
Ram mengharapkan agar semua peminatnya terhibur dengan kehadiran single terbaru beliau. Sebelum ini beliau telah mengeluarkan beberapa single antaranya, Kumang Atiku, Kenang Maya Lanjau feat Jessica Remaya, Felisia, dan beberapa lagu lagi yang boleh didengari di channel Youtube OCHSP.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas dorongan sesama rakan artis yang selama ini mendorong beliau dalam berkarya. Kerjasama dan nasihat yang membina itu penting baginya untuk memperbaiki dan mempertingkatkan mutu nyanyian.
