Program Vaksinasi, Tahniah! Semua
Admin, 19 Jun 2021, Sabtu
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di PPV IPT Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat sejumlah 5000 penerima vaksin pada 18 Jun 2021. Ini merupakan program vaksinasi terbesar di negeri Sarawak setakat ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Begitu juga program ini dijalankan serentak dibeberapa tempat yang lain di seluruh sarawak.

Tidak ketinggalan juga, artis OCHSP turut serta dalam program vasinasi ini. Antaranya Ram Ringit, Eisner Nala, Dat Sejili, Diana Ant Belikau dan ramai lagi.

Bagi mereka yang belum,harap bersabar menunggu giliran. Sentiasa mengemaskini data pada My Sejahtera masing-masing. Kita merasa bersyukur dengan usaha yang dijalankan dan berterima kasih kepada pihak kerajaan dalam mengatur strategi menanggani masalah pandemik ini. Semoga kita semua terus patut dengan SOP dan sentiasa berjuang demi kesejahteraan bersama.


"Prihatin Rakyat, sama memerangi Covid-19"