top of page

GULLIVER KECEWA?

Rabu, 30 June 2021


Teperasa Ketegal Pengerindu, (Kecewa Kerana Cinta), single ke-3 dari Gulliver Thomas. Single terbaru ini boleh dilayari di laman Youtube rasmi OCH Sound Production. Setelah mengeluarkan 2 single lagu, iaitu Kempang dan Dara Bungai Ngerembai, kini Gulliver sekali lagi tampil dengan single terbaru beliau yang berkonsepkan Balada. Lagu yang memberi inspirasi kepada beliau untuk diperdengarkan kepada peminat-peminat lagu iban khususnya.



Beliau yang mula merakamkan single pertama pada Febuari 2021, dan lagu Kempang telah mula menambat hati dikalangan peminat-peminat beliau, video klip lagu Kempang telah dimuat naik pada bulan April 2021. Berita baik buat semua peminat-peminat Gulliver, lagu kempang boleh juga dilayari di semua kebanyakan app store music, seperti Spotify, Itunes, Tik-tok dan banyak lagi.




Lagu terbaru beliau, menampilkan genre balada yang dicipta oleh beliau sendiri. Inspirasi daripada pengalaman dan kisah nyata beliau alami bersama perkongsian rakan, telah memberi satu idea kepada beliau untuk cuba mengetengahkan bakat beliau bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah menghasilkan karya lagu. Bebekalkan bakat bermain alat muzik, memberi kelebihan kepada beliau mencipta lagu hasil idea beliau sendiri.


Pembikinan demo lagu Teperasa Ketegal Pengerindu

Semoga kehadiran beliau dalam dunia seni hiburan tempatan khususnya di Sarawak akan memberi satu lagi sinar dalam industri muzik iban.


Lagu beliau yang lain boleh dilayari di :

Spotify - aps




Available now. - Peminat-peminat Gulliver Thomas : Boleh layari laman music digital platform.



Teperasa Ketegal Pengerindu _ Gulliver Thomas (NEW RELEASED) 30 JUN 2021



KEMPANG - GULLIVER THOMAS




DARA BUNGAI NGEREMBAI - GULLIVER THOMAS

79 lihatan0 komen