top of page

FAVINE KEMBALI DENGAN SINGLE TERBARU 2021


By Admin / JUNE 14, 2021

 

Ke mana menghilangnya Favine setelah muncul dengan single pertama beliau pada tahun 2016? Iya Ukai Aku, single pertama Favine telah diselitkan dalam album Leez Zwita yang kedua pada tahun 2016.

Single pertama beliau memberi impak baru dalam industri muzik iban dengan menampil genre Balada dengan cara tersendiri. Iya ukai aku diilhamkan semasa beliau masih menuntut di Institut Perguruan Tun Abdul Razak pada ketika itu. Sepanjang pengajian, beliau begitu aktif dalam bidang nyanyian dengan menyertai pelbagai pertandingan malah juga aktif dalam menghibur sesuatu majlis keramaian.

Sebelum ini beliau telah menyiapkan 4 buah lagu termasuk single terbaru, antaranya Iya Ukai Aku, Jaku Sebubu Ngapa, Emmanuel dan Hari Pengada Jesus. Single terbaru beliau berjudul Suba Dimadu Diatu Dirachun ciptaan komposer Oliver OCHSP telah berjaya dikeluarkan dalam channel rasmi Youtube OCHSP. Favine menampilkan konsep balad /dance dalam genre terbaru beliau.




Setelah tamat pengajian, beliau ditempatkan di sebuah sekolah di daerah Simunjan. Beliau terus menyambung pelajaran ke peringkat Master, dan tamat berberapa tahun yang lepas. Kini beliau cuba fokus dengan hobi beliau dalam bidang nyanyian, walalupun telah mendirikan rumah tangga. Favine juga aktif dalam bidang kerjaya sambilan bersama isterinya sebagai juru make-up, bagi sesiapa yang ingin menggunakan khidmat beliau dan isterinya, boleh terus menghubungi beliau di laman social facebook.

Semoga single terbaru beliau lebih mendapat sambutan khasnya peminat-peminat beliau yang telah lama menantikan kemunculan beliau.


Single pertama - Iya Ukai Aku (Favine)



 

Single terbaru Favine _ Suba Dimadu Diatu Dirachun ciptaan Oliver OCHSP








43 lihatan0 komen
bottom of page