top of page
nia mia promo1.jpg

Nia Mia

           Nia Mia merupakan artis baru dibawah naungan OCHSP, beliau begitu aktif dalam bidang nyanyian bersama band-band tempatan sebagai vokalis dalam undangan majlis rasmi. Beliau berbangsa Bidayuh, namun ingin mencuba bakat dalam industri muzik iban. Bakat nyanyian beliau disemai sejak kecil lagi dan aktif melibatkan diri dalam pertandingan nyanyian khususnya. Baru-baru ini beliau telah menyertai Program rancangan realiti TV iaitu TVSTARZ. Namun Nia mengundur diri ekoran kesibukan kerja dan ingin lebih fokus dalam penglibatan beliau dalam menghasilkan rakaman single terbaru beliau.

          Setakat ini, Nia telah berjaya merakamkan 2 buah lagu terbarunya yang bejudul Enda Betah Nuan ciptaan komposer Jay Amin dan Bujang Batu Gula hasil ciptaan komposer Yati Upon. Beliau juga telah merakamkan sebuah lagu duet bersama EdwinBoi yang bejudul Pegai Teguh Tali Semaya ciptaan komposer Rex Vee.  Semoga kehadiran Nia dalam industri muzik iban bakal merancakkan lagi perkembangan industri muzik iban.

         

releases

nia mia_kulit.jpg
bottom of page