top of page
HOMERY_SULU PSAKA ATII.jpg

Homery

             Homery merupakan artis baru dibawah naungan OCHSP, sebelum ini beliau lebih dikenali bersama Akai Dai, menghasilkan beberapa single mereka. Namun kini, Homery mencuba nasib melangkah mencuba impiannya mengeluarkan single beliau sendiri. 

             Beliau aktif dalam bermain alat muzik dan merupakan leader kepada KBC Band yang begitu aktif dalam mendapat jemputan bagi majlis-majlis rasmi seperti perkahwinan, aktiviti dinnier persatuan dan sebagainya sebelum ini. Ekoran pandemik yang melanda dunia kini, aktiviti ini sangatlah terhad, maka Homery mencuba bakat setelah diberi peluang merakamkan beberapa single terbaru beliau. Antaranya, Besemaya Enggau Aku hasil ciptaan komposer Dat Sejili. 

             Kini beliau telah berjaya merakamkan 3 buah kesemuanya termasuk Sulu Pesaka Ati hasil ciptaan komposer Oliver OCHSP dan sebuah lagu duet yang menampilkan Eisner Nala berjudul Enda Beduan Pangan, hasil ciptaan komposer Oliver OCHSP. Semoga kehadiran beliau dalam industri muzik iban mendapat sambutan dari peminat-peminat lagu iban.

releases

HOMERY_SULU PSAKA ATII.jpg
bottom of page